30 December 2014

2014

hello

yay lagi berapa hari je dah masuk 2015. I've go through a lot of new experiences in 2014
and Alhamdulillah sebab tuhan masih bagi aku peluang untuk bernafas sampai harini :-)

so nak buat flashback sikit dari awal tahun 2014.

Januari & Februari;
-- well basically baru habis spm december 2013 and bulan Januari & Februari was like a honeymoon month for me. everyday just sleeping eating and doing nothing at home, no school, no wake up early in the morning waiting for a bus, no homeworks, no stress and so on. heaven sangat. ((aku ada try cari kerja tapi tak dapat so lepak rumah je la,hihi))

Mac;
-- freaking month because result spm keluar dan result aku tak semegah macam kawan kawan yang lain. usaha aku ciput so result pon ciput la. sorry mak abah, bcs I cant make you guys proud with me. I'm so sorry. //sigh//  

April & Mei;
-- 2 april, my birthday but yahh as usual nothing special on that day. haha. Then, 7 april, aku lapor diri ke PLKN. wiwiwi. sejujurnya memang berat sangat hati nak tinggalkan rumah lepastu stay dalam kem plkn tak boleh keluar, lepastu dengar orang kata plkn was like kawad 24/7, jurulatih garang, peraturan ketat, macam penjara and so on. wth aku ni stay asrama pun tak pernah so how to surviveeeee?!!

I still remember when I was at tapak lapor diri, I'm not crying waktu salam mak abah then naik bus untuk pergi ke kem tu while orang lain beria menangis waktu salam salam peluk tu. huhu. tapi dalam hati ada sikit sebak la, saja sorok simpan takmau tunjuk. hihi. aku ingat lagi first day masuk kem, bus parking kat padang kawad pastu masing masing kena seret bag sendiri naik bukit pergi ke dewan. dah la time tu betul betul tengah hari, panasnya nauzubillah. bayangkan lah time tu dengan tak kenal sesape, cuaca panas, hati tak rela dan perasaan lain yang buat rasa meronta-ronta nak balik. lepas settle isi borang bagai, seret bag masuk dorm. biasa lah kan, mula mula mana kenal orang. semua orang pun kita jugde dalam hati diam diam, hahaha.
so aku stay dalam kem sampai 29/5 je sebab dapat sambung belajar. sedih babun nak tinggalkan plkn sebab plkn best nak mampos. sayang kekawan, hari hari setiap pagi bangun tidur tengok muka dorang walaupun tiap pagi semua buat muka taik taknak pergi surau, pakai boot yang berat, turun padang kawad beratur nyanyi lagu plkn, pt pagi, lari lari. hahaha. lepastu makan pagi, pergi kelas, rehat, lepak koperasi sebab koperasi ada aircond, gosip dengan abang jaga koperasi, usha crush, buat aktiviti dalam kelas, nangis ramai ramai dalam kelas sebab ada benda yg sedih sedih, buat senamrobik waktu riadah petang petang, pastu bila malam jadi malam yang best bila cikgu pasang lagu pastu menyanyi sambil buat gaya. pastu bila dah masuk dorm, kalau lampu tutup lambat cikgu datang ronda, makan maggi ramai ramai dalam gelap, gosip sampai 1-2 pagi pastu masing masing takut nak tidur katil sendiri, hahaha ya Allah banyaklah kenangan kat kem, walaupun 2 bulan je stay sana. semua kenangan manis, yg pahit pun jadi manis bila teringat balik. dan paling best sebab kat kem je aku rasa melayu india cina bergabung dalam semua situation tak kira waktu susah or senang. ada je yg membantu each other :') Alhamdulillah takde siapa pun yang racist dalam dorm aku. hihi.



Jun;
-- 4jun tarikh aku masuk UiTM Seri Iskandar, diploma in photography and creative imaging. sempat bercuti duduk rumah 5 hari je. bayangkan dalam penat 2bulan dalam kem pastu dapat rehat 5hari je weh itupun sibuk uruskan hal sambung belajar. tapi nasib baik la aku masuk daftar uitm lambat sikit so azab orientasi tu aku hadap 2 hari je. kalau tak boleh terbelah dua lah aku. hahaha.
my life in university so fcking different to compare with life when I was in school. sem lepas, aku ponteng kelas bila dah darurat tak boleh bergerak je, kalau setakat pening selsema ke demam sikit ke aku gagahkan diri pergi demi attendant dengan carry mark in class. haha. kalau waktu sekolah, pening sikit terus tak pergi tanpa rasa bersalah. hahaha.

Julai & Ogos & September;
-- bulan ni semua dalam u. aku balik rumah ada la dalam 3 kali je kot. haha sebab weekend busy gila dengan assignment drawing yang mana kalau aku balik rumah memang takkan siap lah assignment tu. huhu. macam macam dugaan datang bila duduk berjauhan dengan family. nasib baiklah dapat plkn so tahu la jugak adab adab bawak diri bila berjauhan dengan family.

Oktober & November;
-- awal bulan oktober, cuti sem start. Alhamdulillah sebab dapat harungi sem 1 walaupun 1001 rasa nak quit menyelinap dalam diri tapi tak quit sebab fikir mak abah habis duit nak aku belajar pastu takkan tetiba nak give up sedangkan abah tak pernah give up cari rezeki untuk anak anak dia. haa.

Disember;
-- 1/12 start kuliah untuk semester kedua. Alhamdulillah still boleh sambung belajar. hihi. dan sekarang tengah cuti midsem. hihi.

so the end of my 2014 tak menarik sangat sebab em sebab i'm missing someone who didnt missing me, maybe? hahaha.

ok back to reality, ape pun, alhamdulillah. syukur. nikmat yg tuhan bagi untuk tahun ni memang banyak dan bermakna.

ok bye! :-)


No comments: